Friday, 1 April 2011

Blajaq oh Blajaq

dalam kelas aku adalah insan yang selalu hilang fokus.first yang setengah jam kelas baru bermula tu memang semangat hebat la habaq kat hang,lepas tu dia mai dah la mood lantak pi kat hang.punah,tu yang parah tu.maka dengan tu lahir la semangat Leonardo Da Vincci yang budget pro ya amat buat sketch macam Monalisa.time tu pun angan-angan Mat Jenin datang meresap,berangan lepas grad ni nak pakai kereta apa,rumah nak beli kat mana,perabot  nak tukar english style, baju anak2 begaya brand Zara or Guess walhal kerja pun entah ke mana lagi.memang la patut time tu ada rasa loser sat.baru kesedau diri sikit.haih -_-"

sebenarnya sangat penting tau untuk bagi tumpuan yang tak berbelah bagi dalm kelas ni,bukan apa,at least bila time final hangpa stuck,penyampaian yang lecturer sampaikan dalam kelas tu la yang banyak membantu.nak nak yang penuh penghayatan punya cerita dengan contoh-contoh yang common sense memang la subjek tu konfirm A++.okeyh,aku memang la tak berapa nak cemerlang dengan result 4 rata tiap-tiap sem tapi eden tak kiro,den nak share jugak ni ha.kalau rasa berkenan sudi-sudi lah scroll bar belog eden yo ;)

memandangkan subjek aku majoritinya membaca dan jiwa aku pulak majoritinya miskin tegar dekat membaca dan menghafal maka ini cara aku:

1. Highlight Main Point
okeyh,sangat mudah,ambil highlight dan highlight key point.tolong la jangan pi higlight sampai setengah muka buku.serius baik hang highlight terus satu buku an an.tak perlu.ambil kata kunci yang penting saja.selebihnya kita ke step kedua.

2. Fahamkan
kalau highlight tapi tak faham pun tak guna jugak kan?so masa hangpa syok punya dok highlight tu fahamkan apa yang lecturer terangkan untuk bahagian tersebut.so bila soalan keluar dan hangpa dah faham dengan apa yang disampaikan hangpa akan secara automatik boleh olah semula jawapan tu kepada ayat hangpa sendiri.so fahamkan adalah lebih bermakna dari menghafal sebab bila soalan tu dia pusing sikit hangpa tak akan gaplah jingga nak serabut perut fikiaq pa soalan tu maw.ha faham?

3. Peta Minda
kadang-kadang belajar fakta dan teori ni memang boring.nak nak yang mengajar pulak skema dengan gaya umpama pembaca berita.haa time ni hangpa try la sketch peta minda terus.so mengantuk hilang ilmu pun dapat.insyaAllah :)

4. Banyak Buat Past Year Questions
serius yang ni memang berkesan.dia umpama sebelum lari buat warm-up la.so takdak la nak terkejut time tengah jawab final.bila kita dah biasakan diri jawab soalan past year dia akan automatik rasa macam nak jawab soalan biasa-biasa ja.lagi pon soalan ni dia berulang-ulang,jadi insyaAllah kalau rajin buat soalan past year akan rasa mudah sikit bila dalam dewan periksa.lagipun effort yang bersungguh ni hasil dia pun mesti tak mengecewakan.mau dengan tak mau ja.haa dengar tu Yanti,pesanan buat diri sendiri jugak :p

5. Doa dan Tawakal
dan akhir sekali sebagai orang Islam,selepas kita dah usaha tu kita berserah pada Dia yang di atas sana.Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya,jadi kita selalu la berdoa dan meminta daripada Dia,insyaAllah andai kejayaan tu milik kita pasti milik kita jugak.kalau pun bukan,mungkin waktu tu belum sampai rezeki kita.mungkin sesuatu yang lebih baik tengah tunggu kita dekat depan.wallahualam,hanya Dia yang tahu :)

yeah,tu la tips-tips belajar dari aku.dah macam nak minggu final exam pulak kan buat entry camni.haha sebenarnya aku nak ingatkan diri sendiri jugak jangan dah last minute baru nak gelabah dan semak kepala fikir itu ini.so amalkan cara pembelajaran yang sistematik macam ni dari awal.semoga ada rezeki aku untuk dapat Dean List last semester ni.doa-doakan aku ye.kalau agak-agak hangpa nampak aku hanyut dengan kemalasan cepat-cepat la piat telinga aku ni,so kesedaran tu dia macam tayang muka la sikit.semoga hati aku kebal dan kental lagi teguh dari godaan dunia.ganbatte ne!
belajar rajin-rajin.rajin semaksima mungkin :DD

No comments: