Sunday, 15 May 2011

oh minyak petronas

stesen minyak petronas.

sedang beliau mengisi minyak, perlahan-lahan pintu kereta aku buka. dengan harapan beliau tak perasan.

"tot! tutup pintu!"



tot?? apekah itu? nama orgkah..nama minyak petronas yg baru kah atau nama sebuah kereta berjenama terkenal? tidak...tiada kena mengena dgn semua yang di atas. itu adalah nama timangan atau panggilan manja sy di opis. sngt x cool kan.. mcm nama indon pon ada. terima kasih pada kawan sy salina. dia mmg suka bg nama pelik-pelik kat org. mmg muka mintak penampor btol la dia. lekat nama 'tot' di pejabat. huish...tak seswai langsung nama tu dgn wajah i yg jelitawan lgi tempawan ini....ewah...oowh..sy dah mula merapu kerapu. balik pada cerita asal. pasal nama tu sy akan story kat entry lain ye kekawan...ok sambung.....

"ala..panas ar"

"ahhh tade. tade. tutup cepat"

"ala serius panas neh"

"ahhh. mcm aku tak tahu kau nak bau minyak kan?!"


kata beliau sambil terus menutup pintu kereta. ah kwn aku neh. semenjak blaja bidang kejururawatan, sudah semakin tegas nampak gayanya. sudah berupa jururawat senior yg asek nak marah org ja kejenya. lepastu bila nak amek darah pn laju-laju ja cucuk. bila org buat muka saket sket, "TAHAN SIKIT TAK BOLEH KE?!" -.- ( sb tu aku benci nurse gomen)
 
oh hye! selamat berkenalan lg sekali. nama saya mcm biasa,Wan Mazyanti bt Mohd Azani. sbb mmg tak boleh tuka. kalau boleh mungkin nama saya sekarang sudah menjadi Cheryl Cole. tinggi saya 153 cm, mcm biasa gak. tak meningkat pn sejak tamatnya tingkatan 5. hobi saya selaen melihat lelaki kacak (aaron aziz..owh...uewsom!!) ialah menghidu bau minyak. bukan minyak masak seri murni mahupun minyak gamat yg boleh dibeli murah di pulau langkawi. tapi minyak petronas. haha. akhir kata drpd saya, jika ada sumur di ladang, bolehlah saya bersuamikan engineer petronas. kah kah kah. sekian sahaja syarahan saya utk hari ini. semoga kita berjumpa lg (bila saya rajen). bye.

Wednesday, 11 May 2011

top 10 lagu heartbreak..owh....

Pernahkah anda terfikir yang anda telah jumpa dengan gadis ataupun jejaka idaman anda yang anda ingin kahwini dan setubuhi secara halal serta membina keluarga bahagia hidup selamanya sebelum mereka curang dengan anda tanpa sebarang alasan yang kukuh? Pernahkah hati anda diremukkan umpama kaca terhempas ke batu sehingga anda bertukar menjadi lesbian tidak mahu mencintai lelaki lagi? Pernahkah anda pergi mencintai seorang lelaki tetapi anda ni pun lelaki lalu anda pergi buat pembedahan buang anu anda tapi lelaki tu dah taknak kat anda lagi dah lepas tu?

Jika anda menjawab 'Ya' bagi persoalan-persoalan tersebut, saya amat memahami perasaan anda kerana hati saya pun pernah diremukkan juga. Tapi saya taklah pergi Kelantan untuk terjun bangunan ataupun simbah asid ke muka orang sebagai tanda sedih dan marah, sebaliknya saya akan melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu depressing yang menggambarkan perasaan di hati. Ayuh kita kaji 10 lagu perpisahan kegemaran.

10) Forget You - Cee-Lo Green

Hari tu aku tengok Saturday Night Live masa episod Gwyneth Paltrow jadi hos. Lepas tu ada artis jemputan Cee-Lo Green. Dia ni pendek macam Ibrahim Pendek lebih-lebih lagi apabila berdiri di sebelah Gwyneth yang tinggi macam hantu galah tu. Anyway aku rasa lagu ini ditulis oleh Cee-Lo setelah ditinggalkan oleh teman wanitanya yang curang dengan orang yang lebih tinggi daripadanya. Sudah pastilah versi asal lagu ini lebih vulgar daripada apa yang anda dengar di radio, di mana Fak You telah diganti dengan Forget You. Sebagai seorang nerd, aku suka line ini "I guess he's an Xbox and I'm more Atari, But the way you play your game ain't fair" Alah gadis-gadis usah dicari sangat jejaka yang xbox tu nanti lambat laun mereka akan kena Red Ring of Death juga.

9) I Hate Everything About You - Three Days Grace



Huii lagu ini memang tak ada nak tapis-tapis guna ayat puitis untuk menggambarkan perasaan. Kalau dah benci katakan benci. Dengan riff yang keras dan berat beserta jeritan benci, lagu ini memang sesuai untuk dinyanyikan ketika gadis anda mengungkapkan ayat "we need to talk"

8) Semua lagu Taylor Swift

Dewasa kini, ramai orang takut untuk mencari pasal dengan Taylor Swift kerana dia akan kembali mengaibkan anda di dalam lagu-lagu yang diciptanya. Apa yang ditulis oleh Swift semuanya lahir dari hati, dan kita boleh lihat kesannya melalui liriknya yang personal dan umpama diari. Of courselah bukan semua lagu yang ditulis oleh Swift merupakan lagu perpisahan tetapi kerana naturenya yang personal itu semua lagunya tampak telus dan tak pasal-pasal kita akan cuba relate dengan perpisahan yang kita lalui. Contohnya dalam lagu Picture to Burn, lirik dia berbunyi "As far as I’m concerned, you’re just another picture to burn..."

7) Since You Been Gone - Kelly Clarkson

Kelly Clarkson adalah peserta American Idol yang paling konsisten dan tidak pernah layu di corong-corong radio. Single Since You Been Gone pula merupakan lagu kesyukuran yang menggambarkan perasaan kita yang lega dan bersyukur kerana tidak bersama lagi dengan orang yang mengongkong kita sehingga tak boleh lemas. Setelah berpisah, terima kasih kepada ex kita, kita akhirnya dapat apa yang kita mahukan di dalam hidup. Ok itu liriknya secara literal, haha.

5) Bye Bye Bye - Nsync

Nsync adalah boyband yang paling popular semasa zaman sekolah menengah aku dahulu. Gabungan Justin rambut meggi, JC hidung kembang, Chris muka anjing, sorang tu aku lupa nama dia masa tulis ayat ni, serta Lance yang ketika itu kita tak tahu lagi yang dia gay. Jika mereka melukakan hati kita, apakah yang perlu kita kata? BYE BYE BYE sambil disertakan dengan koreografi yang sesuai.

4) The Breakup Song - Faizal Rosly

Lagu ini ditulis sambil menangis teresak-esak setelah hati aku diremukkan semasa di kolej kot. Masa itu rasa seperti dunia ini memang kejam. Aku ada perasaan juga ok? Ahh sudahlah. "...I didn't know what to feel, I suddenly felt ill, my heart is broken this wound can never heal.."



3) Goodbye My Lover - James Blunt

Dengar intro piano dia sahaja dah boleh buat kau murung. Itu belum baca lirik dia lagi sumpah kau dok asyik ulang-ulang lagu tu macam Micheal Scott dari The Office memang kau perlukan bantuan. Hubungi talian Befrienders di 03-79568144 sebelum anda menamatkan riwayat anda sendiri.

Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.


2) I Will Survive - versi Cake



Ini pun lagu break up yang popular sepanjang zaman. Versi penyanyi asalnya Gloria Gaynor memang best, tetapi sebagai orang lelaki adalah lebih relevan untuk kita menghayati versi ini. Stupid diganti dengan Faking. Liriknya memang kena sebijik-sebijik jika kita bandingkan dengan kisah percintaan kita. Tapi baguslah, lagu ini menyembunyikan perasaan pilu di hati kita di samping menunjukkan kekerasan di mana kita tidak perlu bergantung kepada mereka dan boleh survive.

1) Janji Tinggal Janji - KRU

Aku peminat KRU mestilah bias KRU duduk no 1. Dengar sahaja liriknya untuk menjelaskan segalanya:

Tibalah kita
Di penghujung persimpangan
Di penghujung jalan cinta
Kita berdua...

Terpaksa ku relakan
Tak daya ku halangkan
Kerna ku tahu cintamu
Bukan lagi milikku...

Menanti hatimu
Kembali padaku
Menanti purnama
Jatuh ke riba
Beratnya dimata, sebaknya di dada
Melihat kau bersama dirinya

Gadiskuuuuu...yang kupinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersamaaaaa lagi
Kau gadis pertama yang ku cintai

Oh kasihhhhh sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku...kerna mu uu uuu uu


Jika anda pun pernah mengalami saat-saat anda rasa dunia ini kejam dan pernah menangis si sudut-sudut gelap sambil mengoyakkan surat cinta lama, anda mesti perasan yang lagu-lagu di atas ditulis semata-mata untuk anda. By the way kalau kalian perasan aku tak letak nombor 6 sebab tertinggal lepas tu dah publish post malas nak edit balik. So what's your favorite breakup song?

Tuesday, 10 May 2011

"tak baik kedekut ____. nnt dalam kubur kau banyak _____"

hahaha. tajuk entri tu adalah ayat kegemaran aku dan kawan-kawan skola aku satu ketika dahulu. time tu umur baru 13 ke 14 thn kot. sumpah tahpape. aku pn tak tahu sape la yg start dulu mende ni. kau faham tak cara pengunaan dia cmne? meh aku ajar sket. contoh kalau kau ada kwn yg kedekut biskut ke kan (eh ni mcm perangai kau je yanti? bukan ke? diam lah kau), kau minta minta dia tanak tanak kasi, kau ckp cmni kt dia "eh kau ni. tak baik kedekut biskut. nnt dalam kubur kau banyak biskut". haha. cmtu ah. mcm bangang.

so zaman kt asrama dulu, masa sgt la pack. habes skola, kena mkn laju-laju, g prep laju-laju, g beriadah laju-laju, usha jejaka idaman laju-laju, makan lg skali laju-laju, mandi laju-laju, g surau laju-laju, g prep lg skali laju-laju, balik bilik tdo laju-laju. peh. sume mende kena buat laju-laju. terasa mcm The Flash habes la time tu. sekarang lembab gila bergerak. memerang pn lg laju. tu la org ckp zaman skola asrama ni disiplin habes kan. bagus sebenarnya. masa tak membajir. so adik-adik semua, sila masuk skola asrama. hey kalau kt asrama sekarang ni korang tengah prep tahu. tade makna nya nak baca-baca blog mcmni. dah pergi daftar masuk skola asrama esok (yes akhirnya blog aku ada menyumbang kepada pembangunan ummah).

tp penat skola asrama ni. semua mende kau kena buat cepat-cepat. mcm tak menyempat ja. kalau mkn tu kira nak kunyah ikut sunnah mmg tak dan la. jgnkan 44 kali, 4.4 kali pn belum tentu dapat. aku paling tension time mandi la. aduh. toilet penuh toksah cite la. parah habes. so aku selalu mandi ikut dan ja. aku main tumpang je sesape yg tgh mandi time tu. kiranya aku paw air diaorg ah utk mandi. air utk gosok gigi, paw si saodah. air utk cuci muka, paw si Tengku Sharifah Adriana (ewah nama kau tak payah nak alaf 21 sgt la). air utk sabun badan, paw si jelly (nama betul jalilah. nick name mesti nak urban sket). kira mmg aku praktikan gaya hidup muhibbah lah. 

ada satu hari tu, aku mmg dah lambat gila nak mandi sbb sebuk makan lama sgt. aku pn mandi ikut modus operandi aku mcm biasa ah. aku paw air org sana sini. tiba tang sorang budak yg aku nak paw ni, dia tak kasi pulak dah. peh. tension gila aku. tak pernah-pernah org tak kasi aku air. tetbe dia tak kasi. hangen gak la. sambil buat muka tak puas hati, aku pun ckp la kt dia "EH KAU NI. TAK BAIK KEDEKUT AIR. NNT DLM KUBUR KAU BANYAK AIR. MENDAP KUBUR KAU". peh. dan-dan tu gak terus hulur sebaldi air. keh keh keh. (xpayah la nak sebaldi sngt kot kan...)




Hye. nama saya Tengku Sharifah Adriana. hobi saya melanggar orang kaya. cukup bulan saya kawen kontrak dgn orang kaya. cukup bulan lagi saya terjatuh hati betul-betul kt orang kaya tu. cukup bulan lagi percintaan kami diuji dengan kehadiran kekasih lama orang kaya. cukup bulan lagi saya mengandung. cukup bulan lagi kami hidup bahagia hingga ke anak cucu. oh that is so LAME.
oke dah bye.

comeback yawww!

kah kah kah. tajuk tamo kalah. dah mcm zaiton sameon yg lama menyepi tetbe nak kuarkan album baru ja bunyinya. hee. mungkin tak bpe nak comeback sgt kot. tak tahu la. bergantung pada tahap kerajenan. hoh. lama gila tak apdate. mau sebulan ke dua bulan ke tiga bulan ehh...lebih dak? dulu zaman-zaman lom kawen, seminggu tak apdate pn dah menggelupur. risau blog tak apdate. nnt viewer lari. haha. sekarang sebulan lebih tak apdate pn rilek ja. buat apa nak kejor viewer. baik kejorlaki sendiri. lg best. mreowww. kah kah kah.


maka sebab aku baru lepas makan nasik lemak td, meh la aku apdate blog sket. dulu zaman sekola menengah, aku benci gila subjek fizik. sumpah menyampah oh. bila baca ja soalan dia "AHMAD SHAHBUDIN MEMPUNYAI BERAT BADAN 120 KG (obesiti taw ahmad shahbudin ni. mesti time skola dulu asek mkn nasi lemak ja hari-hari). BELIAU INGIN MENOLAK KOTAK SEBERAT 2.3 KG SEJAUH 1.2 KM. BERAPAKAH DAYA TUJAH YG DIPERLUKAN OLEH AHMAD SHAHBUDIN UTK MENOLAK KOTAK TERSEBUT?" pehhhh. apekejadah eh ni? kau nak tolak kotak tu kau tolak ja la. jadah mende nak kira daya tujah bagai oi? jumud habes kan aku ni. marah org-org yg minat fizik. hee. tp sumpah la aku tak faham utk apa kena kira daya tujah bagai tu ha?

oleh kerana aku tak suka subjek fizik, maka time cekgu sebuk ngajar kt depan, aku duk ngelamun kt belakang. bila cekgu tulis nota, semua budak-budak menggelabah salin selaju mungkin. takut tak sempat salin. yg aku rilek ja duk delay 5-10 minit. amek mood katanya sblm nak salin nota. takut tgn cramp. keh keh keh.  

ada satu malam tu, cekgu aku buat kelas tambahan. zaman tu guna ohp nak tulis nota. lepas dia siap tulis nota kt plastik ohp, dia pn suruh kitaorg salin "oke semua salin cepat ye nota ni" kata beliau. maka menggelabah bewak la budak-budak ni tertunduk-tunduk khusyuk salin nota. sebab aku malas nak salin cepat-cepat, maka aku pn usha ja cekgu aku tu. angin kipas kuat sgt time tu. utk kasi plastik ohp tak terbang, cekgu aku pn keluarkan sesuatu daripada poket seluar dia. aku pandang mende tu sambil gosok mata dua tiga kali. pehhhh!! betul ke apa yg aku nampak ni???? dia ni biar betul??? 
ya, mari kita main peraduan teka dan menang. soalan terkumpul untuk minggu ini: "MENDE APAKAH YG DIKELUARKAN DRPD POKET CEKGU AKU ITU?" sila hantarkan jawapan anda pada kotak komen di bawah. next week aku kasi jawapan oke? hehe.
 
oke tak payah nak next week sangat la kowt.. kau tu dah la tgh malas gila nak apdate blog. entah-entah next month pn belum tentu kau apdate blog. haha. meh la aku sambung balik cite td. bila dia keluarkan ja mende tu, aku dah sedikit terlopong. dah bersedia nak gelak gila dah ni. mujur dia cepat tersedar. dia pn "eh oh. mcm mana plak boleh keluar mende ni" sambil laju dia sorok balik dalam poket dia. muka dia merah habes time tu. aku nak gelak pn tak smpai hati. tp nak gelak sorang-sorang pn mana best. budak-budak lain tak sempat tgk pn. semua tekun salin nota. rugi oh depa. nak taw mende apa tu?? 

peh baru nak apload gambar. kasi unsur saspen sket. tp line cap siput sedut membataskan segala-galanya. tak berjaya apload gambar. sebenarnya mende yg dia keluarkan tu ialah TWEEZER. ya. mende utk cabut bulu ketiak tu. normal la tuh. on the way nak pergi kelas tambahan cabut bulu ketiak sedas dua dulu. baru la barakah sket ngajar student-student. ye dak? hii hii. neway, fizik sy time spm dulu B3. terima kasih cekgu. berkat tweezer barangkali. keh keh keh. oke dah habes. bye bye bye. nak g sambung kejar laki balik :p