Tuesday, 31 May 2011

hurm..tataw nak letak apa tajuk kat entry ni..layan je la..

Korang pernah ke rasa
Macam segala pengorbanan anda
Tak dihargai malahan langsung
Tak dititikberatkan oleh
Oleh yang menerima impak
Baik dari pengorbanan anda ??
Some of you might just nod ur head
And some of you might not..
But as a human,
We cant avoid ourself
From being tak dihargai
And sometimes you might have
Done the same thing when there’s
Someone yang berkorban untuk
Anda juga..
That’s a cycle of life..
Sometimes you’re up and
Sometimes you’re down
And you can deny that
Korang takleh dengan mudahnya
Toleh belakang and yell “get away from me”
When the feeling starts to come over you
Even korang ugut nak bunuh diri pun
The feeling wont just go away
And u can always berada di atas
And yeah there are people who
Never be down
For the rest of their life
Who knows
What comes next
Dan ada jugak yang berada kat bawah jer
Up until now
Smp they feel like giving up
Well I cant change that
But what can I say
Hang On Dude
Just Hold On
Ur day will come
It might be today
Tomorrow or even ten years later
:- ) WELL me too…having difficulty
To accept every bad luck that I have
But still got the strength to keep on living
Live my life.. and keep my foot moving..
I don’t know if I am too weak
I might be resting in PEACE now
R.I.P

misi menaikkan layang layang (sb da xder keja sngt dah namanya)

petang semalam aku bosan nak mati. rasa mcm nak msg member tanya dia dah decide ke belum nak duduk dlm kete kwn dia kt seat depan ke belakang. kah kah kah. tp memandangkan ianya langsung tak berfaedah utk aku, jd baik aku msg kak ain ja.

"yo kak ain! sap dude. lokasi?"
"yo. rumah. apahal cari wa?"
"wa cari lu mesti ar pasal wa tgh bosan. kalau wa tak bosan, wa tak cari lu. wa cari laki wa. kah kah kah"
"haha. agak dah. so apa mau?"
"lepak lepak jom. g mkn cekodok tepi pantai ka"
"lu jgn mcm-mcm. mana plak nak dpt pantai kt sini? habes kuat pn main layang-layang ja la. apa mcm? ada berani?"
"peh. jauh naa beza mkn cekodok dgn main layang-layang. layan ah. pukul 6 gerak"
"bereh"

sampai-sampai ja kt tmpt main layang-layang kat kepong nu aku terus buat muka kerek tanya apek jual layang-layang berapa rege layang-layang.

"pek. bpe ni satu?"
"7 ringgit amoi. baru punya. kasi angkat la"
"lu jgn mcm-mcm apek. mkn duit riba ja keje lu kan. nak masuk neraka cepat ke? 3 hengget sudah"
"haiyaaa. takpat moi. meskipun amoi comel, tetap 7 hengget gak"
"ahhh. banyak bunyi la lu apek. oke ah. 6 la. 6 sempena besday sy 6 disember. lgpn barca kn baru mng champions league aritu. xavi kan pakai jersey no 6. so kira ngam-ngam soi la ye pek?"
"oke la oke la. 6 la"

maka kami pn mula bercita-cita tinggi utk menaikkn layang-layang setinggi layang-layang orang lain. ada brader 3 orang tu duduk lepak baik punya. sambil main dslr, sambil mkn siakap 3 rasa. oke tipu. depa mkn eskrem ja sebenarnya. maklum lah, layang-layang dah tinggi melangit. dah tataw nak buat mende. yg kami ni masih terkial-kial nak naikkan layang-layang. berbagai-bagai strategi kami cuba. kejap kak mun lari. kejap aku yg lari. kejap sama-sama lari. kejap sama-sama tak lari (eh?). masih tak berjaya gak. 

gaya larian pn dah mcm-mcm pesen kami cuba. baik dari 4x100m, lari pecut 100m, lari pas baton, lari berpasangan, sampai la ke lari dalam guni. semua kami try. takdak satu pn yg membuahkan buah manggis. kah kah kah. tak kelakar oke yanti. diaorang tak gelak. oke dah bye. eh tetbe teringin nak mkn manggis. demn. ngidam plak dah.


jah, gaya kau dah betul dah tu. sekali pandang mmg mcm boleh naik tinggi la layang-layang kau tu. dua kali pandang, haremmm. mmg naik takat-takat tinggi kau ja la tu jah oii. usaha lebih lagi ye jah. 


mcm biasa. ciri-ciri utama orang yg gagal menaikkan layang-layang ialah; bergambar bersama layang-layang nya. kah kah kah.

sebab dah maghrib, dan brader 3 org td lebih rela lepak main dslr dan mkn eskrem drpd tolong kami naikkan layang-layang (tetbe nak salahkan orang lain KEH KEH KEH), maka kami pn tangguhkan misi kami dgn lafaz tasbih kifarah dan surah al-asr. kesimpulannya,

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya


haha hamek kau. lirik lagu alleycats aku kasi. memang tade motif. sengaja nak kasi entri nampak mcm panjang sket. kah kah kah. mcm lah kau tak pernah buat  :p. dah habes. bye bye bye.

Kehadapan mrs lulu kalut,

Harini aku pergi kedai fotostet. Sebab nak print resume dengan cover letter bonyok bonyok. Masa kat kedai, aku telah meletakkan handphone aku di atas meja. Apabila aku dalam perjalanan pulang ke rumah, aku telah menjerit di dalam hati EH ALAMAK MANA HANDPHONE AKU? MANA HANDPHONE AKU? Lalu aku dalam keadaan gabra telah pergi kembali ke kedai terbabit lalu pergi cari handphone aku di atas meja kedai tu. Tapi malangnya tidak berjumpa. Aku pening. Dan hampir menangis. Terus ingat dosa dosa lampau, yang boleh di jadikan sebagai bala lalu menyebabkan handphone aku hilang. Aku pinjam handphone orang kedai nak misscall handphone aku, tengok tengok handphone aku sebena ada dalam pocket.




Ohhhh. Bangang jugak aku. Rupanya aku dah angkat handphone letak dalam poket. Ingatkan tertinggal atas meja. Fail kan aku? Memang failed.




Pernah juga terjadi kes kes lain, seperti spek mata suka hilang. Menggelupur aku cari satu rumah, tengok tengok aku pergi selit kat atas rambut. Acah acah spek hitam tu, yang orang dok bukan main sangkut kat atas rambut bila masuk supermarket? Aku pun nak jugak, tengok tengok sendiri sorok atas rambut, sendiri lupa spek letak kat mana.



Fail kan aku? Memang failed.




Baru baru ini juga telah terjadi satu kes di kedai mkn dgn member. Masa tu dah kelam kabut makan laju laju kat MCD. Lepas tu letak hand beg aku kat kerusi. Tetiber bos aku call soh balik opis cepat sb ada keja nak disiapkan. Huh..time rehat pon kena wat keja. Redha jela. Maka bila dah jadi kelam kabut, apa pun tak boleh, aku terus berlari menuju ke kereta. Disebabkan diri ini di lahirkan menjadi seorang pelupa dan kelam kabut, maka handbeg aku tertinggal di dalam MCD. Patut la masaaku menuju ke kereta  aku rasa macam apahal ringan sangat badan aku lenggang lenggok tali kecapi. Nasib baik mempunyai kawan yang seperti XMEN telah mengingatkan aku tentang beg aku, maka dia dengan kadar cepat pergi lari naik balik kat MCD dan ambik kan beg aku. Dan time tu dgn hp n kunci keta dalam handbeg so talian hayat da takder, dan beg pula tertinggal, dan yes, fail kan aku? Memang failed.




Ya, dan kau semua boleh mula panggil aku dengan nama baru. AKAK KALUT. kalut ini dirujuk kepada cemas tak tentu pasal tanpa sebarang sebab. Boleh jadi kadang kadang tak cemas langsung, sampai lupa banyak benda nasib baik woh ada orang yang tolong ingatkan, yesss. Dah boleh tukar dah nama kau kat facebook. Mrs Lulu Lala Kalut. 
Oke sekian.

well...this is it..

Susah kan bila kau hidup perlu jaga hati banyak orang. Dan kadang kadang, walaupun kau banyak pilihan untuk hidup kau, kau terpaksa hidup dengan pilihan orang lain. Maka bila kau hidup atas pilihan orang lain, nikmat dia akan jadi berbeza sebab kau akan nampak orang lain gembira dulu, tapi bukan kau. And you just have to do it, though it hurts you a whole lot. Bila di stage ini, takde penjelasan padu yang boleh kau buat, sebab semua orang mahu melihat decision mereka adalah terbaik untuk kau. Which sebenarnya kau ada satu harapan sendiri dan kau mahu rasa perjalanan hidup yang kau reka sendiri tapi, there's no other choice. Choice yang tinggal adalah melihat orang lain gembira. Keputusan untuk tidak mahu jadi derhaka, adalah keputusan yang paling mulia. Aku lupa nak sedar, selama 20 tahun telah dibesarkan oleh si empunya ovum dan sperma, dan kali ni aku tunduk untuk bayar segala jasa mereka dengan meletakkan pilihan mereka sebagai priority dan pilihan aku adalah di kedudukan paling terakhir.



If you are trapped between your feelings and what other people think is right, always go for whatever that makes you happy.




Unless, you want everybody to be happy except you.

Monday, 30 May 2011

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu
perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti
memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging
manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan
Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi
sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah
S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman
dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu
mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat
Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah
seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum
itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering
sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan

kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat. 


nauzubillah....pernah jugak terjoin group mengumpat ni. tp dulu la. sebelum tawu mengumpat ni rupanya tergolong dlm dosa besar. then tersedar bila kawan baekkkk mengumpat pasal aku. aku je bongok sb x penah nak umpat dia balik. huh!! umpat benda btol xpala jugak. benda salah. dala salah. merata plak dia jaja. kan da jatuh fitnah. mmg aku x ampun la. nasib la kau. (gila jahat aku. bukan jahat. kecewa. bila kita anggap dia kawan baik dunia akhirat tp dia sekuman pon x anggap kita cmtu. padahal aku tataw apa yg aku buat kat dia. dunia oh dunia...)

Marah Itu Api...Api Itu Syaitan!

Marah keeeeee?.hehehehe. Minggu yang sudah mungkin minggu penuh kemarahan bagi aku agaknya.Semua benda aku nak marah dan ada je benda yang membuatkan aku jadi marah.Sejak2 ni aku rasa emosi aku ni macam.....ntah ye.Dah buang tebiat agaknya.

Sebenarnya,dalam pada marah2 aku tu aku tengah hepi.Sejak2 nie,aku tengok My MS dah kurang panas-baran.Dah pandai kontrol emosi.Sikit demi sedikit aku tengok perubahan dia.Bila dia kurang marah2,aku tengok dia makin matang.Berfikir dahulu sebelum buat keputusan.Ya,aku gembira melihat perkembangan dia.Apa yang dia lakukan sekarang,kebaikannya bukan hanya untuk aku tapi untuk dirinya sendiri.Mungkin perubahan tu seiring dengan peningkatan usia dia.

Yang herannye,aku plak mengalah betina meroyan.Muahaha.Keje nak membengkeng je.Asyik nak marah2 je.Kadang2 aku terfikir jugak,aku ni dah tak betul ke?.Salah sikit nak marah.Sesapa je yang silap,boleh mencetuskan kemarahan aku walhal perkara tu cuma sebesar kuman.Tak berkudis pun....

Lama2 aku terfikir,kenapa aku nie?.Alahai...aku fikir marah aku je.Aku tak fikir pun apa perasaan orang yang aku marah.Aku minta maaflah.Aku tak sengaja.Dalam pada aku cuba memperbaiki diri tulah aku jumpa artikel ni ....

Sumber dari : http://www.islamituindah.my/hindari-sifat-marah

SEMEMANGNYA hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan.

Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita.

Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.

Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.

Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).

Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.

Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.

Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.

Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.

Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.

Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”

Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.

Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-’Imran: 133-134)


Apa yang aku lalui,semuanya dari diri aku sendiri.Aku minta maaf pada sesiapa pun yang menjadi mangsa kemarahan aku selama aku berada dalam keadaan yang aku sendiri tak suka untuk lalui.

Dan.....aku akan sentiasa ingat bahawa Marah itu api dan Api itu adalah Syaitan!.Nauzubillah.....

Drama Sebabak : Dahlah sombong,Bodoh plak tu!

Terbaik r aku punye tajuk tu.Panas hati tak habis2 lagi....Benci bila jumpa spesis manusia yang sombong + bodoh.Benciiiiiiiiiiiii

Sebenarnya tadi aku pi bank.Maybank....Tapi aku bukan berangin taufan dengan bos aku sebaliknya kat sekor(lantak r situ aku nak gelarkan dia apa pun) mamat ni. Muka hensem....not bad.Kira dalam golongan yang berkelayakan untuk jadi playboy r. Pakai baju smart.... Kemeja lengan panjang,seluar slack,kasut berkilat pastu rambut stylo habis. Huh,atas sampai bawah aku tengok.... Pakkal je abang guard kat situ tegas takleh guna HP.Kalau tak,dengan HP aku yang dah makin sewel macam tuan dia nilah aku snap pic mamat bingai tu .

Ceritanya mula macam ni .......

Mamat Sengal : Turn u no berapa ?.(dia xde bg salam pun k.So aku pun jwab jelah terus)
Aku yg Comel (Muahaha.Sila jgn berdekah) : 2058... ada lagi 3 orang sbb skarang baru 2055 .
Mamat Sengal : Oh... No i (aiseh...terpaksa dirahsiakan) . Tapi dari tadi tak gerak2.Diorang ni wat keje lembab nak mampos.Bla bla bla (macam2 lagilah dia bebel.Masa ni dlm hati aku dah menyumpah)
Aku : Sekejap lagi geraklah.Kan ramai orang ni.Hari Jumaat biasanya memang macam ni. (saja aku cakap hari jumaat sebab time tu 1.20 ptng.sah2 tak gi solat jumaat.)
 Mamat Sengal : Kalau lagi 5 minit tak gerak, I nak pi sound sekali.
Aku : Suka hati U lah... U nak buat urusan ape ?.(walaupun aku dah nampak slip pengeluaran .)
Mamat Sengal : Oh... I nak keluarkan duit ASB . (Sambil buka buku akaun dia)
Aku : Eh... U pakai IC sementara ke?. Kalau pakai IC sementara, tak boleh buat urusan bank. Kena tunggu dapat IC baru.
Mamat Sengal : Eh...apehal plak tak boleh. IC i ape !.(Tinggi dah suara)
Aku : Memanglah IC U.Tapi ni prosedur bank.U kena tunggu dapat IC sebenar baru boleh buat.(aku tak tanya mana ic dia @ kad bank sbb confirm hilang)
Mamat Sengal : U pandai2 je.Macamlah U keje bank.U datang sini pun ade urusan.Lagi nak mengajar orang.Kalau boleh macam mana?.
Aku : Memanglah I tak keje bank tapi I ni dah selalu ke sini . Ke U yang setahun tak sekali berurusan dengan bank?.
Mamat Sengal : Hei,bank ni dalam tangan I lah !. (Masa ni abg guard dtng kat aku)
Abg Guard : Cik Diana,ada masalah ke?.
Aku : Takde papelah .Ade salah-faham sikit.
Abg Guard : Encik,ni bank ye.Pelanggan ramai.Sila jaga tingkahlaku.(Sambil pandang mamat tu then terus blah.)
Mamat Sengal : Ni U punya pasal !. Kalau I dapat keluarkan duit, I ludah U!.(Macam s*** je kan nak ludah aku.Masa ni ramai yg dengar jadi aku just senyum)
Aku : Mampos kaulah !.Kalau tak boleh,aku sumpah kau takde airliur sampai tahun depan. (Muahaha...seksa tu takde airliur.Masa ni Bos aku dah geleng kepala)

Now tiba turn dia..... Adelah drama jugak kat kaunter.Pastu dia pusing sebab memang tak boleh berurusan.Aku apa lagi .....

Aku : Encik yang hensem tapi sengal.... Sila get ready ye untuk takde air liur sampai tahun depan.Lain kali jangan sombong...nampak bodoh tau x bila pakai smart tapi berlagak .
Mamat Sengal ; U ..... (Sambil tunjuk jari kat aku tapi tak berani buat pape sebab bos dengan abg guard dah datang dekat dengan aku)

Hahaha...padan muka mamat tu.Aku takde niat pun nak malukan dia.Tapi dia yang tengking2 aku.Banyak lagi dialog sebenarnya tapi aku ringkaskan je sebab ade yang aku tak nak ingat.Bahasa dia terlalu menyakitkan hati.Cuma aku harap,apa yang berlaku hari ini jadi pengajaran buat dia....

Buat Mamat Sengal tu..... Penampilan tak mencerminkan keperibadian. Hiasilah Budi Bahasa tu seindah kau hiasi diri kau . Orang akan hormat kau kalau kau berbudi bahasa sekalipun waktu tu pakaian kau hanya setakat T-Shirt Pagoda , seluar Hawaii dan selipar Jepun.

Batuk - Selsema - Semput - Resdung..

Wah....Macam 1 pakej sakit plak kan?. Dah masuk 2 minggu tekak aku ni ade unsur2 nak jahanam.Muahaha.... Tak taulah sampai bila nak jadi macam ni.

Sekarang bila batuk mesti selesema.Bila selesema mesti batuk.Tapi sejak2 ni aku macam semput pulak.Cecair kahak kat rongga hidung ke mulut ni memang susah nak di buang.Aku nak terangkan pun susah.Tapi.....aku siap jolok tekak aku sebab nak buang menatang %#x^*@ yang ade hati nak bermastautin kat tekak aku ni.Seksanya....tuhan je yang tahu.

Puas aku dok pusing keliling pi klinik tapi tak jugak baik2.Last pi klinik,doktor cakap aku ada resdung.Resdung?.Uiks!.Takde pape tanda yang menjuruskan aku ke arah itu pun/Bio betul doktor ni.Dia bagi aku ubat jadi selepas melayangkan not2 yang berbagai kaler untuk 3 jenis ubat,maka dengan jayanya aku pun sebat jelah ubat2 tu mengikut nasihat doktor.Nak tau pe jadi?.Ha....yang nilah buat aku berangin taufan....Belum setengah jam makan,mata aku dah layu.Okaylah walaupunnnnnn aku difahamkan petugas kat klinik tu yang semua2 ubat tu tak beri kesan mengantuk.Anggap jelah aku memang dah mengantuk sebab aku hantu tido . Lepas tu aku rasa macam tekak aku ni berlendir giler sampaikan aku nak muntah pun susah.Semput aku dibuatnya.Peh....rasa nak menyumpah pun ade.Pendek kata,ubat yang diberikan lansung tak membantu.Bila aku call klinik tu,senang je orang sana cakap,"Kalau ade kesan sampingan macam tu,janganlah makan lagi ubat tu.Stop jelah!" . Ni kalau betina puaka yang jawab call aku tu baca apa yang aku tulis ni,aku nak dia tahu yang ayat dia tu macam ciiiiii....Bongok!.Aku dahlah bayar mahal2 tapi hujung2 tu je penyudahnya.Memang aku blacklist r klinik tu.

Tapi aku ni jenis...ntah ye.Adakala aku memang buang duit aku untuk dapatkan sesuatu yang terbaik.Tak kiralah dalam apa jua keadaan yang aku lalui. Semalam  aku pi ronda Giant. Almaklum...barang2 keperluan banyak dah habis. Macam ubat gigi,syampoo,deodorant semua2 tu aku suka beli kat Giant. I lurv Giant.Pusing punya pusing,dah 4-5 kali aku tawaf,aku terpandang 1 produk ni.... Mucinex - Expectorant .Wah...macam best je kan.Boleh buang lendir pastu ade macam2lah. Nak info Mucinex tu klik SINI . Kalau tak faham omputeh,ha pi lah wat Google Translate ye....tp x beli pon lg la..sajer je nak gtawu dulu..nak test market kot@ klu korang2 taw pasal ubat ni kan leh ler bg opinion kat aku. oke lah. nak smbung wat keja sket. sekian..

Monday, 23 May 2011

study for ur future or study for ur final?

WELL , minggu ni je dua kali dah aku dengar ayat macam ni . " jangan study untuk final , study untuk masa depan " . dari dulu lagi , cikgu pesan macam ni , start masa tadika lagi . haa tadika aku class okay . siap ada final bagai . tapi sejak dari dulu jugak , aku tak bersetuju dengan benda ni . hee . sorry to say , aku bukan die hard fan mana mana pakar motivasi yang duk canang benda ni kan . well , mungkin bagi diorang , study untuk future lagi penting . sebab nanti boleh guna lagi in future . tapi bagi orang macam aku , yang jenis minda slow sikit , otak tak cepat pick up , ingatan tak kuat , aku percaya kepada study untuk FINAL .

why ? sebab aku percaya bila kita study untuk final , result kita jadi bagus . bila result bagus , position in future jadi lebih secured . bila da dapat tempat , boleh belajar lagi kan ? life is always a process of learning . so do not ever afraid that you are not gonna learn or study anything in future . kan kan ? betul tak cakap aku . whatever yang kita study sekarang , tak semestinya kita apply dan guna in future . yang kita duduk belajar menghafal fizik yang dok soh kita kira momentum berat kotak la apa bagai kejadah suma tu time form5 , ada pakai sekarang ? NONE . apa yang aku nak cakap sekarang ialah , get ready for your future by securing you position started from now on . build you own strong base , never let people take over your place , then you're gonna be fine .

actually , aku pun tak berapa faham dengan term study untuk masa depan . tapi bagi apa yang aku faham , aku tak setuju . dan penting ke aku setuju atau tak ? actually tak penting pun . tapi saje ah nak suarakan pendapat aku yang boleh kira macam bernas jugak kan . hee . tapi aku tak deny orang lain punya pendapat . sebab aku yakin tak semua orang fikir macam aku fikir . tak semua orang percaya dengan apa yang aku percaya . but apa yang nyata , everybody got his own say . so tak perlu nak buat masalah , bising bising , relaks sudah . okay . 


p/s: aku x suka study last minit sb nnt otak aku ketat oke


sekian.

ku tak mati lg oke. its not the end of the world...

Aku mintak maaf jika aku tiba tiba keluarkan hormon kasar malam ni. Aku tak tau kenapa news feed aku belambak lambak sangat pasal orang putus cinta. Lepas tu keluar ayat sedih. Keluar lagu sedih. Keluar 'tanpa mu aku mati.' Mati ke kau sekarang? Mati ke tak? Lain lah kau sekarang tengah get ready tali rafia atas siling lepas tu nak gantung diri.



Dan sekarang, aku lemas tengok status status macam tu, aku geli. Maaf, aku bukan ditugaskan untuk faham perasaan berada di tempat kau. Tapi yang aku pasti, Tuhan memang akan selalu ada kat sisi kau. Kau takkan mati.


Jangan bersedih sampai bekudis hati kau. Mati sangat ke kau bila putus cinta?Atau mati ke klu kena marah dgn bos sb kau selalu ponteng keja n mc melambambak2? mmg x mati tp setengah mati la time kena bambu dpn kekawan opis kan kan kan? haalloo.... Kau tak putus cinta dengan Tuhan lagi. Tolong stop letak status pasal kau sedih ex kau dump kau, or sb ko ada bnyak msalah or sb kau x dpt nak beli cincin besau kat habib jewels oke. Dunia tak kiamat lagi. Imam Mahdi tak turun lagi. Bulan akan turun malam ni perlahan, matahari naik esok pagi. Kau tak akan mati la, kau dengar tak apa aku cakap ni? Dan satu benda yang kau kena tau, untungnya kau. Kau sempat bertaubat lagi. dan berusaha perbaiki kelemahan dan jadikan pengajaran untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. stop la meratapi setiap benda yang jadi ok. n tulis panjang2 kat wall ayat2 sedey or ayat2 maki haun org. plizs muhasabah diri tu dulu. setiap yg terjadi dtgnya dari diri kita sendiri ok. klu tak datang dari diri kau tu mayb Allah nak bg ujian la nak tngok ko tahan x test Dia bg. ni x sket2 nak ratap pilu la apala. tu lom masuk nak bunuh diri. adoii la.....nonsense. nak kena penampor ke hah.
oke. aku pon da nak kena penampar sb nak memara arini. ari ni aku period so mood x brapa baik. (sb kena bamboo ngn bos pepagi tadi. depan kekawan opis plak tu. dala meja bulat. suma mata kat aku. pastu mula la aku wat mulut senget la. time tu la nak batok la nak tekencin la tecicrit la. adeh....malu oke. padan muka. sapa soh kasik mc lewat. nanges aku dlm hati. owh...bos. aku mmg sygkan bos aku sngt2. tq sb ingtkan aku. buat la slalu cmtu. mesti aku betambah dedikasi. oke sekian.

p/s" mara kat sapa ntah aku arini. bengong.....

otak ketat

smlm aku ada test .. ye ye .. aku memang suka test pun .. suka sangat .. rasa kalau boleh hari hari nak ada test .. sebab kalau takde test , rasa macam tak lengkap je hidup ni .. lepas tu , kalau test , kalau boleh nak masuk semua bab , baru best .. sebab aku memang ada banyak sangat masa nak revise semua bab dalam masa yang banyak sangat .. aku hidup sebab nak test .. 

ari rabu tader kelas .. hmmm .. tak best .. tak suka .. kalau boleh nak sambung je kelas .. biar tiap tiap waktu ada kelas .. okay maaf bunyi berlagak .. ni sindrom OTAK KETAT .. bye .. 

Wednesday, 18 May 2011

GAME BABI PAKAI HELMET

entry kali nak nak citer pasal babi pakai helmet. kowang taw ke apa tu game babi pakai helmet? game burung merah tu lah... ala...dlm bahasa omputeh Angry Bird. aku melayukan. kiter kan org melesia. kenala kayakan bahasa ibunda. tp x relevan langsung nak melayukan nama game tu. ok bali pd citer asal sb aku bukan nak type pasal cintakan bahasa kebangsaan hari ni. topik ni topik pasal game yg aku dok gila main skang ni. mmg best la weh. aku klu bab main game ni mmg aku pulun weh. x kira la x tido ka x mkn ka asal aku dpt abehkan satu2 chapter tu. geram ehh....da la ada burung merah comey2. ada plak babi2 kaler ijau pakai helmet siap sengeh2 kat muka kau la kan. aku sentap btol la klu x dpt jatuhkan babi2 tu. mau la tanknya burung tu marah kan. kena plak tembak dia kat minatang haram tu. hahahaha....suka aku suka...layan game ni. klu korang x caya cuba la download weh. try men tngok. tp game ni memerlukan kesabaran yg tinggi lah kan. org yg sabar cam aku ni leh la men game tu. klu jenis cpt bosan kalu mmg mau di balingnya hp tu ke dinding. mau x marah. keja nak ulang je balik sb nak kejor marlah paing tinggi. kira five star la. haish..ni susah ni. aku nak carik yg leh men kat psp. besor sket skrin bebanding hp android ni. x brapa nak nampk babi2 tu. skrin kecik keja nak srol kiri kanan susah nak aim target. hish. tp aku xder la addicted smpi anak2 x makan minum kan. lom lg tahap gaban tu weh. aku masih lg berpijak di bumi yg nyata oke. korang try la tngok kat google. cepat r...pastu kita pakat lawan sapa yg dpt higher marks. oke x cadangan aku ni. weh..pesal senyap weh...adeh..benci r aku klu ckp org x layan ni. mmg nak kena lempang la kan...meh cni nak lempang kat kening tu.

 p/s : akibat dari permainan konsol yg menlalaikan aku jadi mereng sket. medula oblongata ku semakin mengecut dan mengeluarkan cecair2 sewel. owh angry bird......


 ASEK2 SEBUT BABI BABI BOLEH KE....APEKAH..?????

Tuesday, 17 May 2011

kisah sedey part 1

hurrm.....for the past few moths, my life is mess..mess mcm sampah sarap yg bakal dihangkut oleh lori sampah dan tunggu masa utk dikitar semula...yea. i felt my body become jelly jelly. ala jelly..mcm jelly cap nona tu...tatau ke..nak kena lempang ke tataw jelly tu apa. mcm nata de coco tu la. lembik2 tu. rasa x bermaya. mcm nak tejun bangunan yg xder tingkat or mkn panadol n minum air coke tp x mati2....huish..harrram bunuh diri. nnt roh tak diterima bumi. nnt jadi hantu. haish..da mati pon nyusahkan org lg. kang nak kena lawan ngn bomoh pulak pastu bomoh msukkan aku lam botol buang lam laut jauh2. da xder kawan. xjd la bunuh diri. so nak buat apa ek. serabut serabut!! dari masalah pejabat, kengkawan,keluarga,kewangan n perkahwinan. besala da kawen ni sumanya pahit masin. kdg2 ubat gigi ilang penutup pon leh gadoh smpi 48 jam. itulah hakikatnya sebuah perkahwinan. klu da kawen xleh nak lari2 da. ngadap la kau muka laki kau suka ke x ke. menyampah tahap gaban ke apa ke layan tetap wajib. mcm mana gadoh pon tanggung jawab kena jalankan. nnt kata derhaka plak. haish. ni lah perempuan. naseb la. nak kawen sngt ha tempuh la kan. xleh cita lebih2 dosa.


kadang2 rasa teringin nak keluar n have ngn kengkawan mcm dulu. rasa da xder life tok diri sndri. saja la kan nak cri isu nak rungut2 plak kat cni. bunyik cam x besyukur je kan. bukan x besyukur. syukur dah. laki pon nama shukri. kira dekat2 ngn maksud syukur la tu kan. apekejadah yg aku merepek pon aku tataw la. x releven langsung. anyway back to my sad2 story. rasa saket ati n stress sngt2 sepanjang 3 4 bulan ni.pantang nmpk muka org rasa nak lempang je. cam nak pnjam muka sapa2 n try lempang sket. boleh ke gitu. mmg nak kena lempang balik la kan. hurmm..asek guna ayat lempang je. biar la. blog aku. suka la nak type pe pon. mara ni.mara ni.x penah lg la rasa nak buat cmtu. imaginasi je lebih. buat x brani. penakut. nak mara org pon takot even org tu mmg salah ngn aku. kan da gtawu td aku ni lembik cam jelly. asek2 kena tindas. ckp pasal tindas. menega kecik2 pon kena tipu ngn kwn. hasih. bengap btol la aku ni. kena p mandi bunga ni kasik semangat sket. apehal suka sngt pikir mcm tu kan. besala org melayu kita kaya ngan budaya ghoba ghobe ni. tp sy tidak lerr...bila dipikir2 balik. semua yg terjadi di atas tu mungkin salah aku sndri. aku lebih suka muhasabah diri dri cri salah org lain. wlupon kdg2 nak gak cari salah org. pe kes asek2 nak blame diri sndri je kan. bongok la nak namanya tu. agak2 la nak sinetron sngt kot.xder maknanyer baik sngt. bkn ada pari2 dtg nak ubah nasib kau klu kau still mcm tu je kan. so bila dah dia amati dan dikaji2 aku rasa aku patut lebih bnyak mendekatkan diri denganNya. ya..selama ni aku asek sngt ngn dunia astro, dunia fashion, dunia raja lawak, dunia af, dunia mentor dan sewaktu dgnya. dunia oh dunia. jarang2 skali aku menghabiskan masa berdunia dgn imam muda, mari mengaji, rancangan selami jiwa fazilah kamsah atau dunia bab2 agama yg lain. aku sedar bila aku balik dari kursus stress bulan 4 aritu. mmg aku tersedar dari lamunan terhenti. hilang segala katon2 or drama2 sinetron lam medula oblongata aku. baru aku sedar aku makin khayal di alam duniawi. Allah turunkan aku sesuatu agar aku sedar dan balik padaNya. aku leka di buai alam duniawi. kita mmg x prasan kita da makin leka. alhamdulillah. bila aku kembali sedar aku mula mendekatkan diri padaNya. bukan la sebelum ni aku x semayang. tp jarang2. tolak la waktu period tu mmg la x leh semayang kan. aku da jarang mengaji.aku lupa padanNya. bg seorang wanita, amat mudah untuknya masuk ke syurga. siap boleh pilih mana2 pintu syurga kesukaannya jika dia cukup sembahyang, menjaga auratnya,menjaga agamanya, menghormati suaminya serta berpuasa. hurmm..x susahkan bunyik. tp ini lah yg slalu kita lewa. tp bukan nak puji diri sndri. bab hal dgn suami alhamdulillah mkn minum pakai dan rumah tangga serta perihal anak2 aku jaga cukup teliti. tp bab berdamping dgnNya yg aku leka. syok sngt layan doreamon maghrib2. layan drama maghrib2. tb3 pon mcm da xder time lain nak tayang citer best2 tu. skang plak kat tb3 ada citer best. yg best tu sb ada aaron aziz yg uewsome gojes!! owh...sedangkan sok mati lam kubur bukan aaron tu nak tolong aku pon kan...n xkan ada pintu sukahati doraemn yg nak tolong aku lari dari kena sebat dek munkar dan nakir. ishk...ngeri aih. aku da banyak mendekat kan diri dgn agama. alhamdulillah. hidup semakin tenang. even mcm2 dugaan dtg tp aku kurang serabut. kurang rasa nak bunuh diri. cm bodoh je plan mati2 ni kan. lempang je aku bnyk2 kali klu ak sebut pasal tu lagi taw. biasala manusia. ila kena ujian betimpa2 mula la nak otak senget. sdgkan bnyak lg cara nak counter problem. aku lebih tenang sekarang. dan lebih mudah utk aku buat keputusan bila aku mengadapNya. aku rasa lega bila mengadu padaNya. setiap mslh ada jalan penyelaian. pelan2 kayuh. mana bley kalut2. nnt mslh len yg dtg.
aku tngoh pelan2 carik keja lain. sb x der rasa nyaman keja kat cni. mau xder nyaman da dkt 7 taun kot keja cni. lemau la. aku da stat blaja balik. seronok. ada kwn2 baru yg sumanya baik2. sumanya sngt caring n bantu membantu mcm katon wonder pet. bila kita jujur dan ikhlas kwn ngn org insyaallah org pon sama gitu.
ckp bab kwn2. aku rasa aku antara manusia paling sygkan kwn2 n jujur dgn kwn2. aku snggup buat apa je asal kwn2 aku hepy n klu dpt bantu pon aku bantu. tp aku selalu la kena tikam ngn kwn2. tataw la naper. sb aku ni lembab mcm jelly kot kan. sedey. bila sedey aku lebih suka layan lagu. smbil nitik2 air mata kuar. aku tercari2 salah aku ngn kwn2 yg aku syg. ntah la. xper la. Allah lebih mengetahui setiap sesuatu. klu kita x salah buat apa nak rasa takot kan. tp aku bukan takot. aku kecewa. sedey. da stat da sinetron aku. sb bg aku kwn2 adalah org yg penting sleain keluarga. tp aku lebih bnyak kwn dari sahabat. xperla. x mati kot xdak sahabat. mmg la x mati. tp x best la kan. cam xder sapa la kita nak share mcm2. kdg ada benda tu kita share ngn kwn2 yg digelar sahabat. hurm..nnt smbung blik la kisah sedey part 2. ada keja la nak buat. ok guys...daaaaaa

Sunday, 15 May 2011

INI MMG BOLEH MENGUNDANG UNFRIEND DI HATI....

hey hey. memandangkan aku suka wat bizz kawen2 ni  maka aku ada hobi baru sekarang. yakni membuka fb dan mengusha gambar kawen. ye lah. mana yg baik, yg boleh aku ikut utk bizz aku nnt, aku jadikan tauladan. yg buruk aku jadikan sipadan (LOLOLO protes nak g sipadan la tu. ehem, sayang. kalau awk baca entri ni, tolong la bwk sy g sana satu hari nnt ye :p). mana yg aku rasa oke, aku pn "OH BLEH AH NI BUAT CMNI TIME MEJLIS AKU NNT". mana yg aku rasa buruk, aku pn "HUKALOH. GILA TADE TASTE. MACAM NI KAU PANGGIL MEJLIS KAWEN KE OI?? DAH SERUPA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS 6 KENARI JA!" haha. tak. tak. kejam sgt. tak baik kutuk mejlis kawen org. nnt org kutuk mejlis kawen kau padan muka. huu. eeh..bukan aku da kawen ke...mst ada org kutuk mejlis kahwen aku kan kan kan...aahh..lantak la...janji aku slmat...korang apa taw...amboi..oke oke...

biasa ah, kalau kau kawen hari ni, takkan malam tu juga kau apload gambar kawen kau kan? malam tu mesti ada misi yg lebih penting. kejadah plak nak apload-apload gambar. haha. silap haribulan, terus lupa password fb kan lepas kawen. happy sgt dah kawen. hee. so kalau mcm pesen aku ni yg tareti menyabar, maka aku akan buka pej kekwn lain yg pergi mejlis kawen tu. bleh ar aku usha sepam dua gambar kawen kawan aku tu. maka di sini lah kejadian masalah nya berlaku. tajuk album meriah dah "MY BESFWENZZ WEDDING", "HARI PENYATUAN HATI EX-RUMATE KU YG RAJEN PAW CEKEDIS AKU DULU", "MEJLIS PERKAHWINAN SITI NUR TUKINAH BT HAJI MOHD HARUN", "SOLEMNIZATION OF SELLY & ABDUL KASSIM" etc. 

tp bila kau buka, perghhhh. penuh muka dia dgn kekwn lain berposing ja. ada yg buat mulut muncung sket. ada yg buat pis terbuka luas kemudian di rotate kan 90 darjah ke kiri dgn posisinya diletakkan di celah mata kanan. ada yg buat bentuk love drpd tgn masing-masing (ataupun sebelah tgn dia, sebelah tgn kwn lain. awww shooo shwettt). dan bermacam-macam gaya lg la. dahtu gambar pengantin?? ada la terselit sekeping dua. tu pn dari jarak kejauhan 12 km. yg lain-lain gambar, cuma nampak hat kain pengantin sket, tangan pengantin sket, dan veil pengantin sket. adeyyy. kuciwa weh. aku nak tengok gambar pengantin. maka kau seimbangkan la nisbah gambar kau dan kekwn dgn gambar pengantin. kalau tak boleh 5:5, mungkin boleh 3:2 ke. ini tak. ada ke 4.99:0.01 -.-

ada yg lg teruk, langsung sekeping gambar pengantin pn takdak! dgn door gift bley plak kau amek gambar kan. dgn pengapit lelaki yg muka mcm jared padalecki lg laju kau amek gambar kan. tp dgn pengantin haram tade amek nya. aduhai. cmtu kau tayah buat album bertajuk meriah sgt ah. sumpah kasi harapan palsu nak mati kt org mcm aku neh. haih. kecewa. tolong ubah sikap ye kawan-kawan. dah sekarang kau pergi delete album mcmtu kalau kau ada buat. sblm aku unfriend kau. kah kah kah. oke dah bye.
 
 
p/s: klu aku jumper kat pasape yg penah mejlis kawen aku tu pastu apload gambar kt fb siap buat tajuk album "WAN MAZYANTI BT MOHD AZANI & MOHD SHUKRI B SHAARI" tp gambar aku sekeping haramjadah pn takdak, mmg aku kasi penampar berkelajuan 12.23 km per jam ja!

EWAH...SAPA AKU NAK MARA2...ANAK TAN SRI KAH...EHH AKU CUCU CICIT SULTAN LAH..X KENAL KA....NTAH AKU PON TATAW SULTAN YG MANA....EHEH...KE AKU YG NAK KENA LEMPANG... -_-


oh minyak petronas

stesen minyak petronas.

sedang beliau mengisi minyak, perlahan-lahan pintu kereta aku buka. dengan harapan beliau tak perasan.

"tot! tutup pintu!"



tot?? apekah itu? nama orgkah..nama minyak petronas yg baru kah atau nama sebuah kereta berjenama terkenal? tidak...tiada kena mengena dgn semua yang di atas. itu adalah nama timangan atau panggilan manja sy di opis. sngt x cool kan.. mcm nama indon pon ada. terima kasih pada kawan sy salina. dia mmg suka bg nama pelik-pelik kat org. mmg muka mintak penampor btol la dia. lekat nama 'tot' di pejabat. huish...tak seswai langsung nama tu dgn wajah i yg jelitawan lgi tempawan ini....ewah...oowh..sy dah mula merapu kerapu. balik pada cerita asal. pasal nama tu sy akan story kat entry lain ye kekawan...ok sambung.....

"ala..panas ar"

"ahhh tade. tade. tutup cepat"

"ala serius panas neh"

"ahhh. mcm aku tak tahu kau nak bau minyak kan?!"


kata beliau sambil terus menutup pintu kereta. ah kwn aku neh. semenjak blaja bidang kejururawatan, sudah semakin tegas nampak gayanya. sudah berupa jururawat senior yg asek nak marah org ja kejenya. lepastu bila nak amek darah pn laju-laju ja cucuk. bila org buat muka saket sket, "TAHAN SIKIT TAK BOLEH KE?!" -.- ( sb tu aku benci nurse gomen)
 
oh hye! selamat berkenalan lg sekali. nama saya mcm biasa,Wan Mazyanti bt Mohd Azani. sbb mmg tak boleh tuka. kalau boleh mungkin nama saya sekarang sudah menjadi Cheryl Cole. tinggi saya 153 cm, mcm biasa gak. tak meningkat pn sejak tamatnya tingkatan 5. hobi saya selaen melihat lelaki kacak (aaron aziz..owh...uewsom!!) ialah menghidu bau minyak. bukan minyak masak seri murni mahupun minyak gamat yg boleh dibeli murah di pulau langkawi. tapi minyak petronas. haha. akhir kata drpd saya, jika ada sumur di ladang, bolehlah saya bersuamikan engineer petronas. kah kah kah. sekian sahaja syarahan saya utk hari ini. semoga kita berjumpa lg (bila saya rajen). bye.

Wednesday, 11 May 2011

top 10 lagu heartbreak..owh....

Pernahkah anda terfikir yang anda telah jumpa dengan gadis ataupun jejaka idaman anda yang anda ingin kahwini dan setubuhi secara halal serta membina keluarga bahagia hidup selamanya sebelum mereka curang dengan anda tanpa sebarang alasan yang kukuh? Pernahkah hati anda diremukkan umpama kaca terhempas ke batu sehingga anda bertukar menjadi lesbian tidak mahu mencintai lelaki lagi? Pernahkah anda pergi mencintai seorang lelaki tetapi anda ni pun lelaki lalu anda pergi buat pembedahan buang anu anda tapi lelaki tu dah taknak kat anda lagi dah lepas tu?

Jika anda menjawab 'Ya' bagi persoalan-persoalan tersebut, saya amat memahami perasaan anda kerana hati saya pun pernah diremukkan juga. Tapi saya taklah pergi Kelantan untuk terjun bangunan ataupun simbah asid ke muka orang sebagai tanda sedih dan marah, sebaliknya saya akan melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu depressing yang menggambarkan perasaan di hati. Ayuh kita kaji 10 lagu perpisahan kegemaran.

10) Forget You - Cee-Lo Green

Hari tu aku tengok Saturday Night Live masa episod Gwyneth Paltrow jadi hos. Lepas tu ada artis jemputan Cee-Lo Green. Dia ni pendek macam Ibrahim Pendek lebih-lebih lagi apabila berdiri di sebelah Gwyneth yang tinggi macam hantu galah tu. Anyway aku rasa lagu ini ditulis oleh Cee-Lo setelah ditinggalkan oleh teman wanitanya yang curang dengan orang yang lebih tinggi daripadanya. Sudah pastilah versi asal lagu ini lebih vulgar daripada apa yang anda dengar di radio, di mana Fak You telah diganti dengan Forget You. Sebagai seorang nerd, aku suka line ini "I guess he's an Xbox and I'm more Atari, But the way you play your game ain't fair" Alah gadis-gadis usah dicari sangat jejaka yang xbox tu nanti lambat laun mereka akan kena Red Ring of Death juga.

9) I Hate Everything About You - Three Days Grace



Huii lagu ini memang tak ada nak tapis-tapis guna ayat puitis untuk menggambarkan perasaan. Kalau dah benci katakan benci. Dengan riff yang keras dan berat beserta jeritan benci, lagu ini memang sesuai untuk dinyanyikan ketika gadis anda mengungkapkan ayat "we need to talk"

8) Semua lagu Taylor Swift

Dewasa kini, ramai orang takut untuk mencari pasal dengan Taylor Swift kerana dia akan kembali mengaibkan anda di dalam lagu-lagu yang diciptanya. Apa yang ditulis oleh Swift semuanya lahir dari hati, dan kita boleh lihat kesannya melalui liriknya yang personal dan umpama diari. Of courselah bukan semua lagu yang ditulis oleh Swift merupakan lagu perpisahan tetapi kerana naturenya yang personal itu semua lagunya tampak telus dan tak pasal-pasal kita akan cuba relate dengan perpisahan yang kita lalui. Contohnya dalam lagu Picture to Burn, lirik dia berbunyi "As far as I’m concerned, you’re just another picture to burn..."

7) Since You Been Gone - Kelly Clarkson

Kelly Clarkson adalah peserta American Idol yang paling konsisten dan tidak pernah layu di corong-corong radio. Single Since You Been Gone pula merupakan lagu kesyukuran yang menggambarkan perasaan kita yang lega dan bersyukur kerana tidak bersama lagi dengan orang yang mengongkong kita sehingga tak boleh lemas. Setelah berpisah, terima kasih kepada ex kita, kita akhirnya dapat apa yang kita mahukan di dalam hidup. Ok itu liriknya secara literal, haha.

5) Bye Bye Bye - Nsync

Nsync adalah boyband yang paling popular semasa zaman sekolah menengah aku dahulu. Gabungan Justin rambut meggi, JC hidung kembang, Chris muka anjing, sorang tu aku lupa nama dia masa tulis ayat ni, serta Lance yang ketika itu kita tak tahu lagi yang dia gay. Jika mereka melukakan hati kita, apakah yang perlu kita kata? BYE BYE BYE sambil disertakan dengan koreografi yang sesuai.

4) The Breakup Song - Faizal Rosly

Lagu ini ditulis sambil menangis teresak-esak setelah hati aku diremukkan semasa di kolej kot. Masa itu rasa seperti dunia ini memang kejam. Aku ada perasaan juga ok? Ahh sudahlah. "...I didn't know what to feel, I suddenly felt ill, my heart is broken this wound can never heal.."



3) Goodbye My Lover - James Blunt

Dengar intro piano dia sahaja dah boleh buat kau murung. Itu belum baca lirik dia lagi sumpah kau dok asyik ulang-ulang lagu tu macam Micheal Scott dari The Office memang kau perlukan bantuan. Hubungi talian Befrienders di 03-79568144 sebelum anda menamatkan riwayat anda sendiri.

Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.


2) I Will Survive - versi Cake



Ini pun lagu break up yang popular sepanjang zaman. Versi penyanyi asalnya Gloria Gaynor memang best, tetapi sebagai orang lelaki adalah lebih relevan untuk kita menghayati versi ini. Stupid diganti dengan Faking. Liriknya memang kena sebijik-sebijik jika kita bandingkan dengan kisah percintaan kita. Tapi baguslah, lagu ini menyembunyikan perasaan pilu di hati kita di samping menunjukkan kekerasan di mana kita tidak perlu bergantung kepada mereka dan boleh survive.

1) Janji Tinggal Janji - KRU

Aku peminat KRU mestilah bias KRU duduk no 1. Dengar sahaja liriknya untuk menjelaskan segalanya:

Tibalah kita
Di penghujung persimpangan
Di penghujung jalan cinta
Kita berdua...

Terpaksa ku relakan
Tak daya ku halangkan
Kerna ku tahu cintamu
Bukan lagi milikku...

Menanti hatimu
Kembali padaku
Menanti purnama
Jatuh ke riba
Beratnya dimata, sebaknya di dada
Melihat kau bersama dirinya

Gadiskuuuuu...yang kupinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersamaaaaa lagi
Kau gadis pertama yang ku cintai

Oh kasihhhhh sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku...kerna mu uu uuu uu


Jika anda pun pernah mengalami saat-saat anda rasa dunia ini kejam dan pernah menangis si sudut-sudut gelap sambil mengoyakkan surat cinta lama, anda mesti perasan yang lagu-lagu di atas ditulis semata-mata untuk anda. By the way kalau kalian perasan aku tak letak nombor 6 sebab tertinggal lepas tu dah publish post malas nak edit balik. So what's your favorite breakup song?

Tuesday, 10 May 2011

"tak baik kedekut ____. nnt dalam kubur kau banyak _____"

hahaha. tajuk entri tu adalah ayat kegemaran aku dan kawan-kawan skola aku satu ketika dahulu. time tu umur baru 13 ke 14 thn kot. sumpah tahpape. aku pn tak tahu sape la yg start dulu mende ni. kau faham tak cara pengunaan dia cmne? meh aku ajar sket. contoh kalau kau ada kwn yg kedekut biskut ke kan (eh ni mcm perangai kau je yanti? bukan ke? diam lah kau), kau minta minta dia tanak tanak kasi, kau ckp cmni kt dia "eh kau ni. tak baik kedekut biskut. nnt dalam kubur kau banyak biskut". haha. cmtu ah. mcm bangang.

so zaman kt asrama dulu, masa sgt la pack. habes skola, kena mkn laju-laju, g prep laju-laju, g beriadah laju-laju, usha jejaka idaman laju-laju, makan lg skali laju-laju, mandi laju-laju, g surau laju-laju, g prep lg skali laju-laju, balik bilik tdo laju-laju. peh. sume mende kena buat laju-laju. terasa mcm The Flash habes la time tu. sekarang lembab gila bergerak. memerang pn lg laju. tu la org ckp zaman skola asrama ni disiplin habes kan. bagus sebenarnya. masa tak membajir. so adik-adik semua, sila masuk skola asrama. hey kalau kt asrama sekarang ni korang tengah prep tahu. tade makna nya nak baca-baca blog mcmni. dah pergi daftar masuk skola asrama esok (yes akhirnya blog aku ada menyumbang kepada pembangunan ummah).

tp penat skola asrama ni. semua mende kau kena buat cepat-cepat. mcm tak menyempat ja. kalau mkn tu kira nak kunyah ikut sunnah mmg tak dan la. jgnkan 44 kali, 4.4 kali pn belum tentu dapat. aku paling tension time mandi la. aduh. toilet penuh toksah cite la. parah habes. so aku selalu mandi ikut dan ja. aku main tumpang je sesape yg tgh mandi time tu. kiranya aku paw air diaorg ah utk mandi. air utk gosok gigi, paw si saodah. air utk cuci muka, paw si Tengku Sharifah Adriana (ewah nama kau tak payah nak alaf 21 sgt la). air utk sabun badan, paw si jelly (nama betul jalilah. nick name mesti nak urban sket). kira mmg aku praktikan gaya hidup muhibbah lah. 

ada satu hari tu, aku mmg dah lambat gila nak mandi sbb sebuk makan lama sgt. aku pn mandi ikut modus operandi aku mcm biasa ah. aku paw air org sana sini. tiba tang sorang budak yg aku nak paw ni, dia tak kasi pulak dah. peh. tension gila aku. tak pernah-pernah org tak kasi aku air. tetbe dia tak kasi. hangen gak la. sambil buat muka tak puas hati, aku pun ckp la kt dia "EH KAU NI. TAK BAIK KEDEKUT AIR. NNT DLM KUBUR KAU BANYAK AIR. MENDAP KUBUR KAU". peh. dan-dan tu gak terus hulur sebaldi air. keh keh keh. (xpayah la nak sebaldi sngt kot kan...)




Hye. nama saya Tengku Sharifah Adriana. hobi saya melanggar orang kaya. cukup bulan saya kawen kontrak dgn orang kaya. cukup bulan lagi saya terjatuh hati betul-betul kt orang kaya tu. cukup bulan lagi percintaan kami diuji dengan kehadiran kekasih lama orang kaya. cukup bulan lagi saya mengandung. cukup bulan lagi kami hidup bahagia hingga ke anak cucu. oh that is so LAME.
oke dah bye.

comeback yawww!

kah kah kah. tajuk tamo kalah. dah mcm zaiton sameon yg lama menyepi tetbe nak kuarkan album baru ja bunyinya. hee. mungkin tak bpe nak comeback sgt kot. tak tahu la. bergantung pada tahap kerajenan. hoh. lama gila tak apdate. mau sebulan ke dua bulan ke tiga bulan ehh...lebih dak? dulu zaman-zaman lom kawen, seminggu tak apdate pn dah menggelupur. risau blog tak apdate. nnt viewer lari. haha. sekarang sebulan lebih tak apdate pn rilek ja. buat apa nak kejor viewer. baik kejorlaki sendiri. lg best. mreowww. kah kah kah.


maka sebab aku baru lepas makan nasik lemak td, meh la aku apdate blog sket. dulu zaman sekola menengah, aku benci gila subjek fizik. sumpah menyampah oh. bila baca ja soalan dia "AHMAD SHAHBUDIN MEMPUNYAI BERAT BADAN 120 KG (obesiti taw ahmad shahbudin ni. mesti time skola dulu asek mkn nasi lemak ja hari-hari). BELIAU INGIN MENOLAK KOTAK SEBERAT 2.3 KG SEJAUH 1.2 KM. BERAPAKAH DAYA TUJAH YG DIPERLUKAN OLEH AHMAD SHAHBUDIN UTK MENOLAK KOTAK TERSEBUT?" pehhhh. apekejadah eh ni? kau nak tolak kotak tu kau tolak ja la. jadah mende nak kira daya tujah bagai oi? jumud habes kan aku ni. marah org-org yg minat fizik. hee. tp sumpah la aku tak faham utk apa kena kira daya tujah bagai tu ha?

oleh kerana aku tak suka subjek fizik, maka time cekgu sebuk ngajar kt depan, aku duk ngelamun kt belakang. bila cekgu tulis nota, semua budak-budak menggelabah salin selaju mungkin. takut tak sempat salin. yg aku rilek ja duk delay 5-10 minit. amek mood katanya sblm nak salin nota. takut tgn cramp. keh keh keh.  

ada satu malam tu, cekgu aku buat kelas tambahan. zaman tu guna ohp nak tulis nota. lepas dia siap tulis nota kt plastik ohp, dia pn suruh kitaorg salin "oke semua salin cepat ye nota ni" kata beliau. maka menggelabah bewak la budak-budak ni tertunduk-tunduk khusyuk salin nota. sebab aku malas nak salin cepat-cepat, maka aku pn usha ja cekgu aku tu. angin kipas kuat sgt time tu. utk kasi plastik ohp tak terbang, cekgu aku pn keluarkan sesuatu daripada poket seluar dia. aku pandang mende tu sambil gosok mata dua tiga kali. pehhhh!! betul ke apa yg aku nampak ni???? dia ni biar betul??? 
ya, mari kita main peraduan teka dan menang. soalan terkumpul untuk minggu ini: "MENDE APAKAH YG DIKELUARKAN DRPD POKET CEKGU AKU ITU?" sila hantarkan jawapan anda pada kotak komen di bawah. next week aku kasi jawapan oke? hehe.
 
oke tak payah nak next week sangat la kowt.. kau tu dah la tgh malas gila nak apdate blog. entah-entah next month pn belum tentu kau apdate blog. haha. meh la aku sambung balik cite td. bila dia keluarkan ja mende tu, aku dah sedikit terlopong. dah bersedia nak gelak gila dah ni. mujur dia cepat tersedar. dia pn "eh oh. mcm mana plak boleh keluar mende ni" sambil laju dia sorok balik dalam poket dia. muka dia merah habes time tu. aku nak gelak pn tak smpai hati. tp nak gelak sorang-sorang pn mana best. budak-budak lain tak sempat tgk pn. semua tekun salin nota. rugi oh depa. nak taw mende apa tu?? 

peh baru nak apload gambar. kasi unsur saspen sket. tp line cap siput sedut membataskan segala-galanya. tak berjaya apload gambar. sebenarnya mende yg dia keluarkan tu ialah TWEEZER. ya. mende utk cabut bulu ketiak tu. normal la tuh. on the way nak pergi kelas tambahan cabut bulu ketiak sedas dua dulu. baru la barakah sket ngajar student-student. ye dak? hii hii. neway, fizik sy time spm dulu B3. terima kasih cekgu. berkat tweezer barangkali. keh keh keh. oke dah habes. bye bye bye. nak g sambung kejar laki balik :p

Petua Untuk Menghilangkan Rasa Sunyi di Hati

Assalamualaikum ....





Apabila bersendirian, hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati. Khusus untuk kekasih, isteri atau suami yang baru ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan. Puas melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu hati dan seribu satu gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara.

Jika anda masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:

Maha Pencipta

Kembalilah kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripada-Nya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat. Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadap-Nya.

Perbaiki Diri
Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil. Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Bercuti
Semasa berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi. Semua ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.

Jumpa Kawan

Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka. Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tidak percaya? Cubalah.

Bersenam

Ketika bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu. Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan perkara yang sedang anda alami ketika ini. Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan. Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.

Kembali Nakal

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka. Sesetengah wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar. Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku seketika apabila bersama teman wanita. Apabila kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dulu boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadaan emosi sudah stabil kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.

Bermesra bersama Keluarga

Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu lebih-lebih lagi apabila kita sudah berumah tangga atau bersama kekasih. Keluarga pula mula jatuh pada ranking kedua manakala pasangan diberi lebih tumpuan.




booboo : Walaupun dia ada, tetapi hati tetap merasa sunyi. Kerana dia bukan lagi yang dulu. Hingga diri menganggap itu bukan lagi dia...woouhuu....sob sob

Eskuis me? Kau ke aku yang salah?

Kau tau tak sebenanya kan dalam hidup ni, tak ada satu benda pun yang patut di persalahkan. Macam kalau kau tengok anjing dengan kucing bergaduh. Ending dia macam mana sekalipun, kau takkan dapat simpulkan mana satu betul mana satu salah. Sebab aku percaya apa yang dah jadi dalam hidup kau ni sebenarnya adalah satu skrip drama, yang ada plot dia sendiri. Yang ada kesimpulan sendiri. Drama yang mesti akan ada pengakhiran dia. Tak kira la berapa banyak episode drama tu sekalipun. Walaupun kadang-kadang drama kau annoying gila macam cerita Indonesia yang kemaen 600 episode sekali cerita. Penat gila woi nak tunggu habis. Maka tak kesah lambat ke cepat, kau kena tunggu jugak sebab nak tengok ending dia adalah ending happy atau sedih.




Tapi sebenarnya tak kesah pun cerita kau tu adalah berada di ending sedih atau happy. Sebab yang penting dalam satu ‘drama’ hidup adalah apa pengajaran yang kau dapat. Apa yang kau dapat belajar selama kau hidup, apa yang kau dapat kaitkan dengan kau. Supaya akan sampai satu tahap, kepala hotak kau dapat fikir, OKAY, INI ADALAH MASA AKU UNTUK BERUBAH DAN TAK ULANGI KESILAPAN. Tapi kalau kepala hotak kau jenis lembab satu macam, mungkin kau akan repeat benda yang sama, dan ‘drama’ sadis dalam hidup kau akan kembali terjadi, dan akan ada ending sedih. Eh, padan muka kau. Siapa suruh tak belajar dari kesilapan ‘drama’ sebelumnya.




Dan, macam aku cakap tadi, apa-apa yang jadi dalam hidup kau, memang tak ada siapa pun patut di persalahkan. Kau hanya perlu cari isu-isu yang salah dan perbetulkan balik. Bukan cari orang-orang yang salah dan kau pandai-pandai nak betulkan orang. Sebab kan aku dah cakap tadi apa pun yang jadi dalam hidup kau, tak akan ada sesiapa pun yang salah paham tak! Cuma situasi tu yang membuatkan isu tu salah kemaen berapa kali aku nak repeat woi!




Errrr dan sebenarnya aku sedang cuba guna konsep ni dalam masalah aku sekarang. You know, tengah cuba tak salahkan orang. Atau salahkan diri sendiri. Tapi salahkan keadaan. Atau mungkin skrip drama hidup yang saja-saja nak bagi cerita aku drama. Cuma cerita aku ni tak ada background music neves atau zoom in zoom out lubang hidung aku sambil mata aku terbeliak buat-buat saspen.


**

Tengok.
Kan dah terbanyak imaginasi. Salahkan senitron kat TV.

Kita, tidak pernah bertemu orang yang salah.

Stumbled upon this post in IluvIslam. And couldn't agree more with this entry. Awesome entry that motivates you, to never hate people and be grateful for things that have happened in your life. He knows best. =)



Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Faith

Have faith.


Bila kau ada faith dalam diri kau, maka secara auto hati kau percaya yang satu hari nanti apa yang kau hendak akan jadi kenyataan. Have faith ini adalah dalam konteks percaya pada Tuhan. Percaya yang setiap sebelum 2 kejayaan yang kau bakal dapat, akan Tuhan dugakan dengan 1 kesusahan.


Maka bila kau mengalami 5 kesusahan, kelak Tuhan akan gantikan dengan 10 kesenangan. Kadang-kadang Maha Pemurah bakal bagi kau 20 kesenangan, He knows better.



Percaya yang rezeki ada di mana mana, cuma mungkin masa yang akan tentukan samaada kau akan dapat nikmat rezeki itu cepat atau lambat. Tak ada konsep hasad dengki di sini, gembira atas kejayaan sesiapa di keliling kau, bersyukur dengan nikmat Maha Pemurah dah bagi, ingat kesusahan orang lain di bawah kau, berusaha dan beribadat seperti esok kau akan mati.



Have faith, Allah loves you. Allah loves us. Biar pun bila kau senang kau tak cari Dia, tapi Dia tak pernah lari bila masa susah kau sujud kepada dia. Cari Dia, Dia ada di mana mana. Kau tengok tu, Tuhan mana ada pernah berkira dengan kita. Kita ni nak solat 5 minit pun, humang ai. Kemain seksa.