1] Orang yang mencintai kamu tidak  pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu  di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman  istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu  bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu  menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik  walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu  ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia  ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan  mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat  Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas  SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya,  menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi  berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan  kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya  dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu  mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin  kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah  sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca.  kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu  mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata  yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan  kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau  tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi  bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan  belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD  milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu  kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya  da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu  kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa  mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia  bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi  ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya  tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada  kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan  memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah  sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan  terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga  kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana  kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke  daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada  dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan  jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar  ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering  melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa  sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.  Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu  kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu  pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu  terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk  mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang  yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu  kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau  sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya  maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih  menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau  bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat  khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri  daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan  menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya  dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana  sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu  kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak  pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya  meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan  karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,  kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.