Monday 6 June 2011

10 perkara yang perempuan kena tahu pasal lelaki


Kali ini topik aku agak ringan sedikit. Bagi wanita di luar sana mahu mengorat lelaki atau mahu menjernihkan hubungan dengan lelaki, aku nak berkongsi sedikit tips tentang lelaki..

1. Hidup lelaki lebih mudah.
  • Lelaki tak suka bahasa kiasan atau berbelit-belit. Pendek kata bahasa yang mudah di fahami kerana lelaki tidak suka memikirkan perkara remeh-temeh berbanding wanita. 
2.  Bibir & hati berkata yang sama.
  • Apa yang lelaki fikir itulah yang akan di kata. Ada juga lelaki yang tidak suka berkata tetapi memilih untuk menterjemahkannya dalam bentuk perbuatan.
3.  Lelaki lebih suka membisu.
  • Lelaki lebih suka membisu bila berbincang isu yang sensitif. Bukan takut menghadapi realiti tetapi mahu mengelakkan dari mengeruhkan suasana. Pendek kata menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan wanita
4.  Lelaki tidak suka rimas.
  • Lelaki tidak suka perempuan yang asyik mengintip setiap pergerakannya. Lelaki mahukan kebebasan. Lelaki juga rimas bila perempuan asyik SMS tanya "buat apa?" hampir setiap hari.
 5. Rahsia lelaki.
  • Lelaki tidak suka membongkar rahsia hati mereka. Cara yang terbaik untuk wanita ialah memahami bahasa badan lelaki kerana ia menggambarkan keadaannya ketika itu. 
6. Lelaki tidak suka di paksa.
  • Lelaki tidak suka bila ada wanita memerintahnya selain dari ibu, kakak dan pegawai atasannya. Ini adalah kerana ego lelaki adalah tinggi. Kalau ada lelaki yang patuh kepada wanita adalah kerana rasa hormatnya. 
7. Jujur itu penting bagi lelaki.
  • Lelaki suka wanita yang jujur dan bercerita apa sahaja serta tidak menyembunyikan perkara-perkara berkaitan.
8.  Lelaki tidak suka di kritik.
  • Lelaki pantang di kritik. Ini boleh menimbulkan konfrantasi. Jalan terbaik untu mengkritik adalah dengan berjenaka dan bahasa yang lembut.
9. Sokongan penting bagi lelaki.
  • Lelaki amat memerlukan sokongan serta kata-kata semangat dari wanita kesayangannya. Oleh itu jadilah pendengar yang baik untuk lelaki
10. Terima hakikat lelaki insan yang ego.
  • Terimalah hakikat lelaki itu ego. Jangan memperlekehkan ego lelaki. Jika ego lelaki di terima, ini bermakna anda menyenangi mereka.  
Selamat menyelami hati lelaki..

Hasil nukilan Dr Cinta (poyo jer..)

p/s: sajer je lrtak pic yusri ganti farid kamil. hahaha...apa motif ntah eh...

2 comments:

misscha said...

lagu satu mrs lulu.....lelaki x suka being compared to what so ever seth tan...haha..rite?

misscha said...

i think we have the same wavelength...i've been thinking to do an entry 'bout this topic too... but then the tittle would be different..."10 Perkara yang perempuan baru kawin kena tahu pasal lelaki"

haha...masa berchenta sume no probbssssss. agreed..

kenai x sapa ni?

meh jempot blog miss cha, x best pon saja ja...

http://misscha-cecite.blogspot.com/